Papan tanda pudar - Utusan Malaysia

Papan tanda pudar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA ingin menarik perhatian Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung beberapa papan tanda di bandar ini yang sudah kelihatan agak uzur dan sukar untuk dibaca oleh pengguna jalan raya.

PAPAN tanda di Jalan Pegawai U1/33, Seksyen U1, Shah Alam kelihatan agak uzur hingga menyukarkan pengguna jalan raya. GAMBAR IHSAN PEMBACA

Sebagai contoh, papan tanda ‘tempat letak kereta berkupon’ yang terletak di Jalan Pegawai U1/33, Seksyen U1, Shah Alam menyukarkan pemilik perniagaan di kawasan itu termasuk pelanggan dan pelawat-pelawat yang ingin meletak kenderaan di situ. Papan tanda itu sudah pun pudar sehingga tidak nampak perkataan yang ditulis. Ia sepatutnya ditukar dengan baharu.

Sejujurnya, saya pernah membuat aduan berhubung perkara tersebut kepada pihak MBSA pada pertengahan Julai lalu.

Namun sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Oleh itu, diharapkan melalui ruangan Forum ini, pihak MBSA dapat menggantikan papan tanda tersebut pada kadar segera bagi kemudahan pengguna.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×