TEHRAN 26 Nov. – Gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan wilayah Kermanshah, barat Iran semalam.
Pusat gempa terbabit berada kira-kira 17 kilometer di barat daya bandar Sarpol-e Zahab.
Sekurang-kurangnya 700 orang dilaporkan cedera di bandar terbabit dan bandar Gilan-e Gharb. – AFP











