Tiada kompromi kepada mereka yang gugat ketenteraman Selangor - Amirudin - Utusan Malaysia

Tiada kompromi kepada mereka yang gugat ketenteraman Selangor – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang anasir yang mahu menggugat ketenteraman dan keamanan yang dinikmati rakyat negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, sebarang tindakan biadap dan melampaui batas undang-undang adalah dikecam kerana mampu mencetuskan keresahan penduduk setempat serta rakyat Selangor.

Katanya, semua pihak diminta bertenang dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bersifat perkauman, kebencian dan menghasut.

“Saya telah menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor bagi mendapat ulasan mengenai insiden yang berlaku di kawasan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman USJ 25 pagi ini.

“Beliau (Mazlan) menyatakan bahawa insiden itu hanya perselisihan faham antara dua kumpulan dan tidak membabitkan unsur perkauman selain memberikan jaminan akan melakukan siasatan terperinci ke atas insiden berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian 18 kenderaan terbakar dalam satu rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights dekat sini.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, rusuhan dikatakan berpunca daripada pertikaman lidah di antara dua kumpulan berhubung arahan memindahkan kuil tersebut yang dikeluarkan mahkamah sebelum ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×