[VIDEO] 'Berhari raya' di MAHA 2018 - Utusan Malaysia

[VIDEO] ‘Berhari raya’ di MAHA 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 seakan-akan membangkitkan suasana Hari Raya Aidilfitri apabila rendang maman yang menjadi menu wajib bagi rakyat Negeri Sembilan turut dipamerkan pada 11 hari pameran itu.

Malah harga yang dijual serendah RM15 sebekas itu memberi peluang kepada pengunjung ke MAHA 2018 untuk merasai sendiri keenakan serta kelazatan rendang yang diperbuat daripada pokok maman sendiri.

Menurut Zunnurain Zul, 24, produk jualan hasil titik peluh ibu bapanya sejak tahun 2015 iaitu Rendang Maman Acu sudah berada di program MAHA sejak dua tahun lalu dan menerima sambutan yang menggalakkan oleh pengunjung ke pameran itu.

“Ini merupakan kali kedua kami menyertai program MAHA ini dan setiap malam rendang maman akan di masak bagi memastikan kesegarannya sebelum di bawa ke

pameran MAHA 2018 kali ini malah kami turut menyediakan jeruk maman.

“Sambutan sebelum ini sangat mengalakkan sehingga kami mensasarkan lebih 2,500 bekas akan terjual sepanjang MAHA kali ini yang melibatkan 200 kilogram (kg) maman akan dimasak,” ujarnya kepada Utusan Online ketika di temui di program MAHA 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.

Zunnurain memberitahu, biarpun pokok maman pada asalnya pahit namun sekiranya dimasak rendang dan cara masakannya betul, rasa pahit itu akan menjadi semakin kurang.

“Sebenarnya proses menyediakan dan memasaknya agak rumit namun sekiranya ianya dimasak secara teliti, rendang yang dihasilkan akan melahirkan bau yang menyelerakan,” katanya yang bercita-cita menyambung perniagaan ibu bapanya.

Sementara itu, Zunnurain memberitahu, selain mendapatkan produk rendang maman itu di 11 hari program MAHA. pihaknya turut meneyediakan pembelian atas dalam talian.

“Kita menerima pembelian tunai sewaktu penerimaan (COD) selain menggunakan pembelian menerusi pos untuk mereka yang luar daripada kawasan contohnya di Korea dan Jepun,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×