Dua maut dirempuh lori treler - Utusan Malaysia

Dua maut dirempuh lori treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Ke­gembiraan sekumpulan penunggang motosikal berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Sungkai, Perak untuk menikmati makanan di Nasi Bamboo berakhir tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas dirempuh lori treler di Kilometer 405, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kuala Kubu Bharu di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu turut menyebabkan lima penunggang termasuk tiga wanita parah apabila sebuah lori yang hilang kawalan tiba-tiba merempuh sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan.

Mohamad Faridzuan Sha­riff, 20, maut di lokasi kejadian manakala Muhamad Nur Shafiq Kamil Mukmin, 18, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

Lima lagi mangsa yang cedera ialah Nur Shahirah Abd Razak, 21; Ahmad Syahmi Ahmad Suhaili, 18; Noramira Syazwani Ramli, 18; Muqri Syafiq Shahrun Nizar, 20; dan Sharifah Nurshahirah Syed Mohd Ariffin, 20.

Seorang rakan mangsa, Mohd. Aqil Daniel Mohd. Sadri, 18, berkata, rakannya Muhamad Nur Shafiq ada mengajaknya untuk pergi bersama ke restoran berkenaan malam kelmarin.

Sebelum itu katanya, mereka bersama-sama telah menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×