SERDANG – Jabatan Perikanan Malaysia melancarkan kempen Tak Nak Sirip Ikan Yu sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 sebagai langkah menerajui usaha konservasi ikan yu di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Dr. Bah Piyan Tan berkata, pelancaran kempen itu juga membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap konservasi ikan yu bukan sahaja di peringkat nasional malah serantau serta antarabangsa.
“Selain mengurangkan permintaan terhadap sajian sirip ikan yu, kempen tersebut turut berperanan dalam menangkis laporan negatif terhadap aktiviti penangkapan ikan yu di negara ini.
“Usaha itu juga selaras dengan Kod Amalan untuk Perikanan yang Bertanggungjawab serta Pelan Tindakan Antarabangsa bagi Ikan Yu seperti disarankan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO),” katanya pada pemberita di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











