Nama Jho Low dibuang dalam audit - Utusan Malaysia

Nama Jho Low dibuang dalam audit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad semalam mendedahkan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diubah dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu tentang perkara tersebut.

Beliau berkata, dua perkara penting yang tidak dimasukkan dalam laporan itu ialah pertama mengenai kehadiran ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB manakala yang kedua berkenaan status kewangan 1MDB.

Madinah berkata, perkara itu diarahkan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26 Februari 2016 atas alasan ia sensitif dan untuk mengelak fakta diputar belit oleh pembangkang ketika itu.

Madinah berkata, beliau telah menyampaikan taklimat kepada mesyuarat Jemaah Menteri mengenai pindaan kepada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum laporan berkenaan dimuktamadkan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016.

“Laporan akhir Pengauditan 1MDB sebelum pindaan telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut pada tahun 2018,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×