KUALA LUMPUR – Permulaan cuti sekolah buat sebuah keluarga berakhir dengan tragedi apabila anak perempuan mereka maut selepas kepalanya tersangkut pada besi buaian orang kelainan upaya (OKU) di Taman Metropolitan Kepong di sini kelmarin.
Kejadian berlaku pada pukul 6.20 petang ketika mangsa, B. Leelawathy, 15, sedang bermain buaian besi itu bersama ahli keluarganya sebelum kepalanya tiba-tiba tersangkut di celah-celah besi berkenaan.
Mangsa bagaimanapun bukan OKU.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner C. Shanmugamoorthy berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 6.30 petang.
“Mangsa dikatakan sedang bermain buaian di lokasi kejadian sebelum kepalanya tiba-tiba tersangkut pada besi berkenaan.
“Kejadian itu menyebabkan pendarahan pada hidung dan telinga mangsa. Mangsa berjaya dikeluarkan daripada besi itu dengan bantuan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











