Tun M yakin dapat ‘bersihkan’ jentera kerajaan - Utusan Malaysia

Tun M yakin dapat ‘bersihkan’ jentera kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 24 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan keyakinan bahawa ‘pembersihan’ dalam jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan akan berjaya dilakukan sepenuhnya sekali gus dapat menggembalikan status negara sebagai Harimau Asia.

Perdana Menteri berkata, pembersihan jentera kerajaan daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan itu perlu juga segera dilakukan demi memulihkan keyakinan rakyat kepada penjawat awam.

“Untuk kembali menjadi pemerintah yang mampu tadbir negara dan kayakan negara maka mereka yang terlibat dengan kegiatan salah perlu diketepikan.

“Perlu tindakan diambil kerana kesalahan yang dilakukan oleh mereka lantas ramai daripada mereka akan tersingkir dan  digantikan oleh pegawai lebih rendah. Kalau kita kekalkan pegawai terdahulu yang rasuah dan seleweng tidak dapatlah kita susun reformasi.

“Dalam masa enam bulan kita dapat pulih negara dengan baik dan tadbir dengan jentera yang sudah dibersihkan, “ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di sini hari ini.

Berucap lanjut, katanya, pembersihan itu kelak membolehkan pemberian kuasa kepada jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan dilaksanakan pada tahap terbaik.

“Pemberian kuasa kepada jentera kerajaan perlu tersusun. Kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi dahulu maka jentera kerajaan yang dulu dihormati, disanjung tinggi,  cekap beramanah dan berwibawa sudah tidak lagi,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, jentera kerajaan mesti tersusun,  rapi, cekap dan mengutamakan khidmat kepada negara bukan untuk diri sendiri.

“Kita bersihkan bukan  setakat pentadbir tetapi yang dipilih oleh rakyat iaitu ahli politik juga. Mereka terpaksa menghadapi pembersihan
misalannya kalau ahli politik
diberi jawatan tingggi dalam syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka tidak ada kepakaran maka banyak kesalahan dilakukan.

“Sekarang kita tentukan jawatwn  dalam kerajaan dan institusi bukan daripada ahli politik tetapi mereka yang cekap, terlatih dan profesional,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN