Harry dan Meghan pindah ke kediaman keluarga diraja - Utusan Malaysia

Harry dan Meghan pindah ke kediaman keluarga diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Nov. – Putera Harry dan isteri, Meghan Markle akan berpindah ke sebuah kediaman bersejarah di Windsor Estate milik keluarga diraja awal tahun depan.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kensington Palace.

Pasangan itu menerima gelaran Duke dan Duchess of Sussex selepas berkahwin di Windsor pada Mei lalu, akan tinggal di Frogmore Cottage, sebuah rumah dua tingkat berhadapan Windsor Home Park dekat dengan istana.

“Mereka akan berpindah ke rumah baru mereka, di 32 kilometer barat daya London, kerana mereka bersedia menerima kedatangan anak pertama mereka,” kata istana.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN