NEW DELHI 24 Nov. – Sekurang-kurangnya 28 orang dengan kebanyakkannya kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki terjunam ke dalam terusan di daerah Mandya di negeri selatan Karnataka.
Pihak polis berkata, mereka telah menemukan kesemua mayat dalam sebuah bas persendirian selepas terbabas dan terjunam dalam nahas itu.
Sementara itu, pihak polis di lokasi memberitahu AFP berkata, kebanyakkan mangsa adalah kanak-kanak dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing.
“ Kebanyakkan yang mati adalah kanak-kanak daripada 28 penumpang,” menurut jurucakap polis kepada AFP menerusi panggilan telefon.
Bagaimanapun, polis tidak dapat mengesahkah jumlah penumpang atau punca kemalangan namun dipercayai pemandu bas tersebut memandu dengan laju.
Dalam pada itu, penduduk tempatan memaklumkan terdapt kira-kira 35 penumpang dalam bas tersebut.
Rakaman video yang dipaparkan oleh stesen tempatan menunjukkan penduduk sekitar menggunakan tali untuk mencapai bas yang terjunam dan mengeluarkan mayat. -REUTERS










