Henti bawa agenda ancam rakyat - Utusan Malaysia

Henti bawa agenda ancam rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak lagi membawa sebarang agenda yang boleh menimbulkan kebimbangan, kerisauan dan ancaman kepada rakyat dan negara.

Amir Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, langkah kerajaan menolak untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dilihat sebagai bijak.

“Isma sendiri menyambut baik tindakan kerajaan itu dan agenda ICERD dikira telah selesai.

“Akan tetapi gerak geri kerajaan akan sentiasa berada dalam radar pemerhatian oleh pelbagai pihak di negara ini dan pelbagai reaksi tetap akan timbul terhadap sebarang agenda yang boleh menyentuh sensitiviti rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pertiwi Pertahankan Wilayah Islam 2018 – Mendepani Cabaran Dakwah Islam Era Malaysia Baru anjuran Isma bersama Majlis Ulama Isma dan Persatuan Indahnya Islam di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Konvensyen sehari itu dihadiri hampir 1,000 peserta dari seluruh negara.

Yang turut hadir ialah Presiden Isma, Aminuddin Yahya dan Pengarah Pertiwi Pertahankan Wilayah Islam 2018 yang juga Ketua Biro Islamiyat Isma, Omar Kassim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN