Kemeriahan Walimatulurus Perdana di Kemaman - Utusan Malaysia

Kemeriahan Walimatulurus Perdana di Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 24 Nov. – Sebanyak 21 pasangan pengantin dalam kawasan Parlimen Kemaman diraikan oleh kerajaan negeri dalam Program Walimatul Urus Perdana yang diadakan di sini hari ini.

Terdahulu mereka diakad nikah di Masjid Sultan Ahmad mulai pukul 9 pagi dan kemudiannya ke majlis perasmian
dan resepsi Walimatulurus Perdana 2018 di Dewan Berlian yang turut disertai anggota keluarga dan sahabat handai.

Mereka adalah kalangan 190 pasangan muda d iseluruh negeri yang melangsungkan perkahwinan beramai – ramai hari ini, dan detik bersejarah dalam kehidupan itu dimeriahkan dengan sambutan yang dibiayai oleh kerajaan negeri di setiap kawasan Parlimen.

Program yang menjadi tradisi tahunan mulai 2016 diteruskan oleh kerajaan Pas setelah program itu menjadi sebahagian daripada manifesto parti.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.
 
“Program Walimatulurus Perdana 2018 itu antara lain bagi membantu memudahkan pasangan di negeri ini mendirikan rumah tangga memandangkan bebanan kos meraikan perkahwinan yang semakin membebankan.

“Di samping itu mereka samping dibimbing dalam rumah tangga agar dapat membentuk keluarga yang bahagia dan berkekalkan,” ujar Hanafiah.

 Dalam majlis berkenaan, Hanafiah turut menyampaikan kad nikah, cek bernilai RM1,000 dan sijil penyertaan kepada pasangan pengantin.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim,  ADUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili; Pegawai Daerah, Johan Ibrahim dan Pegawai Agama Daerah, Mohammad Zamri Nik.

Sementara itu, pasangan pengantin,  Mohd Rais Che Rashid 27, dan Amirah Shaziera Amri, 25, bersyukur keraba majlis  berjalan lancar dalam suasana penuh meriah yang tentunya menjadi suatu kenangan terindah buat mereka.

Amirah Shaziera Amri berkata, mereka memutuskan untuk berkahwin selepas setahun berkenalan, dan dengan ada program ini memudahkan mereka meraikan perkahwinan tanpa terbeban dari segi kewangan malah turut mendapat bimbingan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN