46 penduduk kampung terjejas akibat banjir kilat - Utusan Malaysia

46 penduduk kampung terjejas akibat banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT – Kira-kira 46 individu dari Kampung Sesapan Minangkabau di daerah ini terjejas ekoran banjir kilat sejak awal pagi di sini hari ini.

Hujan lebat sejak 3 pagi kelmarin itu menyebabkan air banjir meningkat sehingga ke paras satu meter selepas kawasan berkenaan menerima taburan hujan yang lebat.

Difahamkan, setakat 1 petang semalam, seramai 46 individu membabitkan 16 buah rumah dari Kampung Sesapan Batu Minangkabau dilaporkan terlibat dalam kejadian banjir kilat tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Pegawai Bomba Kanan II Md. Suhaimi Abdullah berkata, pihaknya telah membuka pusat pemindahan sementara bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas.

“Kita telah membuka pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir kilat tersebut.

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang kemalangan jiwa dan keadaan dilaporkan terkawal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN