Pas tetap gegarkan himpunan 8 Disember ini - Utusan Malaysia

Pas tetap gegarkan himpunan 8 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 24 Nov. – Ratusan ribu penyokong Pas akan tetap mengegarkan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, parti itu masih tidak yakin dengan keputusan kerajaan yang difahamkan hanya menanguhkan pengiktirafan konvensyen tersebut, bukan mengambil pendirian membatalkannya.

Meskipun menzahirkan rasa lega dengan keputusan kerajaan itu, namun tegas Mahfodz, Pas akan terus memperkuatkan gesaan supaya dengan cara apa sekali pun konvensyen tersebut mesti dibatalkan terus kerana ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

“Keputusan untuk tidak meratifikasikan konvensyen tersebut hanya melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri dan melalui maklumat ia bukan batal tetapi hanya penangguhan.

“Sebab itu, Pas akan teruskan menyertai perhimpunan pada 8 Disember nanti. Apa-apa pun, kita masih lega dengan perkembangan terbaharu itu selain menunjukkan protes rakyat telah diberikan perhatian,” katanya ketika ditemui selepas program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden dan Himpunan Jentera Pilihan Raya di sini, hari ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD dan menegaskan akan

terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Mahfodz berkata, isu ICERD yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Harapan yang baharu enam bulan memerintah negara turut memberi hikmah melalui kerjasama orang Islam dan Melayu yang bangkit bersama membantah konvensyen itu.

“Kita dapat lihat bagaimana orang Islam dan Melayu tanpa mengira fahaman politik bersatu dalam menentang ICERD ini.

Di Malaysia ini, kita hidup dalam keadaan harmoni, tidak perlu lagi usaha untuk mengiktiraf ICERD ini diteruskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×