Najib maklumkan kenyataan berkenaan Jho Low dimanipulasi - Utusan Malaysia

Najib maklumkan kenyataan berkenaan Jho Low dimanipulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kenyataanya berhubung Jho Taek Low atau Jho Low berkenaan beliau ditipu usahawan kontroversi itu telah dimanipulasi pihak portal berita. 

Jelasnya, apa yang disampaikan oleh beliau dalam satu temubual secara langsung di laman sosial Facebook itu adalah pandangan secara logik sekiranya Jho Low terbukti bersalah berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya tidak maksudkan saya ditipu oleh Jho Low sebaliknya apa yang saya maksudkan jika Jho Low dibuktikan bersalah mengikut laras undang-undang dan bukti yang dikemukakan maka kita semua juga telah di tipu olehnya.

“Saya tidak menafikan bahawa saya mengenali dia. Saya berhubung secara profesional, iaitu dalam melancarkan urusan perniagaan 1MDB, serta usaha membawa masuk pelaburan dan meningkatkan hubungan dengan negara Timur Tengah, khususnya UAE dan Arab Saudi,” katanya ketika menjawab soalan hadirin pada Majlis Sembang Santai Bersama Bekas Perdana Menteri anjuran UMNO Bahagian Maran di Dewan UMNO Bahagian Maran, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam dan Pengerusi Jaringan Sukarelawan Malaysia, Hizatul Isham Abdul Jalil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×