Superlife World terima Anugerah Perniagaan Antarabangsa 2018 - Utusan Malaysia

Superlife World terima Anugerah Perniagaan Antarabangsa 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat pengedar dan pembekal suplemen kesihatan, SuperLife World Malaysia diumumkan sebagai pemenang Anugerah Stevie Perak menerusi Anugerah Perniagaan Antarabangsa 2018 ke-15 di London baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Superlife World, Lai Tek Kean berkata, syarikatnya diumumkan sebagai penerima Stevie Perak bagi kategori Anugerah Pemula Niaga Industri Produk Pengguna Tahunan.

“Kami berasa amat gembira dan terharu atas kejayaan syarikat hingga ke tahap ini. Paling manis, Superlife World merupakan satu-satunya syarikat dari Malaysia yang terpilih dalam anugerah perniagaan berprestij dunia itu.

“Pastinya kejayaan manis ini merupakan usaha keras semua pihak termasuk kakitangan syarikat, pembekal, pengedar dan pelanggan setia kami. Kejayaan ini untuk anda semua,” katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Menurutnya, pemenang dan penerima dipilih daripada 3,900 pencalonan daripada organisasi serta individu dari 74 buah negara.

Jelas Tek Kean lagi, walaupun syarikat masih baharu dalam pasaran bermula Mei 2017, namun ia bukanlah satu penghalang atau alasan untuk mereka tidak sampai ke tahap itu.

“Hingga kini kami mempunyai lebih daripada 100,000 pengedar sah di 30 buah negara termasuk di beberapa negara Asia seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina selain Asia Barat serta benua Afrika menerusi dua produk iaitu SuperLife Total Care STC30 yang dirumus khas daripada ekstrak stem epal dan anggur serta SuperLife Colon Care SCC15.

“Kekuatan kami juga dilihat menerusi penubuhan lima buah pejabat operasi di beberapa negara Asia dan 25 lainnya di Afrika dalam usaha memudahkan rantaian bekalan produk selari dengan permintaan tinggi pelanggan,” ujarnya.

Anugerah Stevie diberikan dalam tujuh kategori iaitu Anugerah Stevie Asia Pasifik, Anugerah Stevie Jerman, Anugerah Perniagaan Amerika, Anugerah Perniagaan Antarabangsa, Anugerah Stevie untuk Wanita dalam Perniagaan, Anugerah Stevie untuk Majikan Terbaik serta Anugerah Stevie untuk Jualan dan Khidmat Pelanggan.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.superlifeworld.com. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN