Sultan Kedah sempurnakan pemasyhuran Jerai Geopark - Utusan Malaysia

Sultan Kedah sempurnakan pemasyhuran Jerai Geopark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 24 Nov. – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyempurnakan pemasyhuran Jerai Geopark sebagai Geopark Kebangsaan di kaki Gunung Jerai, dekat sini hari ini.

Pemasyhuran tersebut dibuat bersempena pertabalan baginda sebagai Sultan Kedah ke-29 baru-baru ini.

Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff, turut berangkat ke majlis bersejarah tersebut dengan diiringi Raja Muda, Tengku Sarafudin Sultan Sallehuddin, Tunku Temenggong, Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan Tunku Laksamana, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. A. Xavier Jayakumar serta beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri.

Sementara itu Xavier dalam ucapannya berkata, Jerai Geopark yang berkeluasan 800 kilometer persegi berpotensi tinggi untuk diiktiraf sebagai global geopark pada masa akan datang.

“Sehingga kini hanya terdapat 140 global geopark yang terletak di 38 buah negara di seluruh dunia. Besar harapan kita agar Jerai Geopark akan memperolehi status global geopark pada masa akan datang sekali gus menjadi yang kedua mencapai penarafan itu di negara ini selepas Langkawi.” – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN