Sultan Nazrin berkenan rasmi sambutan 135 tahun Muzium Perak - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin berkenan rasmi sambutan 135 tahun Muzium Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan sambutan 135 tahun Muzium Perak, di sini hari ini.

Turut berangkat sama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Malaysia Mohd Azmi Mohd Yusoff, Pengerusi Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Asmuni Awi dan barisan-barisan exco.

Muhammad Bakhtiar berkata, Muzium Perak merupakan antara muzium yang menyumbang kepada industri pelancongan di mana sehingga tahun lepas, seramai 202,774 pengunjung dalam dan luar negara ke muzium berkenaan.

“Manakala, setakat 31 Oktober tahun ini, jumlah pengunjungnya telah mencatatkan seramai 136,224 orang,” katanya.

Menurut Muhammad Bakhtiar, industri pelancongan menyumbang sebanyak 14.9 peratus datipada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM201.4 bilion pada tahun 2017.

“Memandangkan kepentingan sektor ini dalam menjana pendapatan negata, Kementerian komited dengan sasaran untuk membawa masuk lebih 30 juta pelancong asing yang bakal menyumbang RM100 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2020,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar muzium mencipta dan mempelbagaikan produk pelancongan untuk menarik pelawat dengan menjadikan sejarah sebagai produk warisan pelancongan.

“Oleh itu, adalah penting bagi pelancongan warisan mengekalkan keaslian monumen dan maklumat aktiviti masyarakat setempatseperti mana peranan yang dimaknkan oleh Muzium Perak kini,” katanya.

Muzium Perak telah dibina secara rasmi pada 1 Jan 1883 dan merupakan institusi muzium pertama ditubuhkan di Malaysia dan terawal di Asia Tenggara.

Menyelusuri 135 tahun penubuhannya, Muzium Perak telah melalui beberapa fasa perubahan yang tersendiri bermula sejarah awal penubuhan 1883 sehingga 1940 seterusnya melalui era selepas Perang Dunia Kedua serta mengharungi zaman selepas merdeka dan era selepas penubuhan Malaysia sebelum ke era milenium.

Kini setelah 135 tahun, bangunan Muzium Perak telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Daftar Warisan Kebangsaan dalam kategori bangunan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×