Lyon lonjak ke tangga kedua Ligue 1 - Utusan Malaysia

Lyon lonjak ke tangga kedua Ligue 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS, Perancis 24 Nov. – Jaringan tunggal pertahanan, Jason Denayer di separuh masa kedua membantu 10 pemain Lyon melonjak ke tangga kedua Ligue 1 selepas menundukkan musuh setempat, Saint-Etienne awal pagi tadi.

Aksi hambar yang dipamerkan kedua-dua pasukan ditentukan menerusi tandukan Denayer yang menyambung sepakan penjuru bekas pemain sayap Manchester United, Memphis Depay pada minit ke-62.

Lyon terpaksa beraksi dengan 10 pemain bagi baki 20 minit permainan selepas pertahanan, Rafael dilayangkan kad merah kerana mengasari Yann M’Vila.

Untuk rekod, keputusan itu menyaksikan Lyon melebarkan rekod tanpa kalah untuk enam perlawanan dalam kesemua kejohanan.

Skuad bimbingan Bruno Genesio itu kini bakal mempersiapkan diri bagi perlawanan penentuan peringkat kumpulan Liga Juara Juara Eropah menentang juara Inggeris, Manchester City di Stadium Groupama, Selasa ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×