Selangor beri sebulan bonus - Utusan Malaysia

Selangor beri sebulan bonus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Penjawat awam di Selangor hanya akan menerima sebulan bonus yang akan dibayar pada 20 Disember ini berbanding tiga bulan tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, mulai tahun hadapan juga, penjawat awam di negeri itu tidak akan menerima bonus secara menyeluruh sebaliknya berdasarkan sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap pekerja.

“Tidak mustahil kita boleh tetapkan bayaran khas lebih daripada tiga bulan tetapi bergantung kepada prestasi setiap jabatan. Hanya yang layak sahaja akan dapat dan yang tidak layak perlu berusaha lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan Belanjawan Selangor 2019 di sini semalam.

Jelasnya, pembayaran bonus bagi tahun hadapan akan mengikut garis panduan yang akan dilakukan menerusi kerjasama Institut Pemerdayaan Pekerja dan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN