‘Aset saya sepatutnya RM82 juta’ - Utusan Malaysia

‘Aset saya sepatutnya RM82 juta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu, jumlah keseluruhan aset dimiliki bersama isteri dan anaknya bernilai RM82 juta dan bukan RM75.8 juta seperti tersiar dalam portal Pengisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KOO HAM
KOO HAM 

Beliau berkata, jumlah aset itu mungkin meningkat kerana terdapat aset lain belum dinilaikan termasuk firma guaman yang diserahkan kepada rakan kongsi dan insurans.

“Saya rasa SPRM tersilap kerana saya isytihar kepada SPRM yang saya memiliki aset bernilai RM80 juta manakala aset dengan nilai RM2 juta lagi di bawah nama isteri dan anak-anak.

“Jadi sepatutnya nilai ke­seluruhan aset itu adalah RM82 juta selain dua aset lain belum dinilaikan iaitu firma guaman yang akan diserahkan kepada rakan kongsi dan insurans,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×