Skim Sewa Untuk Milik diperluas - Utusan Malaysia

Skim Sewa Untuk Milik diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat memperluas skim Sewa Untuk Milik (RTO) kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) bagi harta­nah milik kerajaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (gambar kecil) berkata, langkah itu akan membantu me­ngurangkan beban golongan berpendapatan rendah yang mengalami kesukaran dalam mendapatkan pinjaman perumahan.

“Pada masa ini kerajaan juga mempunyai Rumah Transit untuk memenuhi keperluan mereka dan apabila mereka melepasi kategori B40, mereka boleh mencari hartanah yang mampu dimiliki.

“Selain RTO, mereka juga boleh mencari hartanah berharga RM160,000 ke bawah yang hanya memerlukan mereka membayar kira-kira RM600 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam tahunan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia di sini malam kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×