Sathianathan tekan konsep compactness - Utusan Malaysia

Sathianathan tekan konsep compactness

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Jurulatih baharu Selangor, B. Sathianathan akan me­nerapkan falsafah bola sepak moden dengan menggunakan konsep compactness ke dalam skuad Red Giants bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Jelasnya, konsep tersebut bagaimanapun memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi oleh semua pemain agar ia dapat dihidupkan ketika bersaing di atas padang.

“Semasa menjadi jurulatih Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Felda United, saya amalkan sistem permainan di mana kami sentiasa perlu membina gerakan dari bawah dan cuba membuat hantaran pendek atau jauh mengikut keadaan, selain menyerang dengan pantas agar pihak lawan tiada dalam keadaan stabil.

“Kami semua akan bertahan apabila kehilangan atau tiada bola, namun apabila kami menyerang, semua pemain perlu berada dalam tempat menyerang.

“Bermakna kami ada konsep compactness. Ini Falsafah bola sepak moden di mana semua pemain kena bagi 100 peratus dan tiada seorang pemain pun yang hanya me­nyerang namun tidak bertahan.

“Di sini, semua kena bertahan apabila tiada bola, tetapi harus menyerang apabila memiliki bola,” katanya katanya dalam satu temubual eksklusif di Facebook FA Selangor hari ini.

Selangor mengharungi musim 2018 dengan prestasi tidak konsisten menyaksikan mereka menamatkan Liga Super di kedudukan ke-8 daripada 12, menjadi naib johan Piala FA, selain tersingkir di peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Sementara itu, pengendali berusia 60 tahun itu turut berhasrat membawa masuk empat atau lima muka baharu bagi memantapkan lagi skuad Red Giants.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×