KAJANG – Seorang tukang gunting rambut didakwa di Mahkamah Majistret Kajang semalam atas pertuduhan melakukan penderaan fizikal dan seksual terhadap Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal (gambar kecil) atau Zara sehingga bayi berusia 11 bulan itu menemui ajalnya pada 7 November lalu.
Hazmi Majid, 36, yang merupakan suami kepada pengasuh bayi berkenaan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.











