Seoul tutup rumah sembelihan anjing - Utusan Malaysia

Seoul tutup rumah sembelihan anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 23 Nov. – Korea Selatan menutup rumah sembelihan anjing terbesar di negara ini dan mula merobohkannya hari ini untuk dijadikan sebagai sebuah taman awam.

BBC melaporkan, Kompleks Taepyeong-dong di bandar Seongnam, selatan Seoul akan di­bersihkan dalam tempoh dua hari.

Daging anjing menjadi hida­ngan istimewa di Korea Selatan dengan hampir sejuta anjing di­sembelih setiap tahun.

Aktivis haiwan berusaha menghentikan kebiasaan penduduk itu ketika ramai rakyat Korea Selatan memilih untuk menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan.

“Ini merupakan satu detik bersejarah kerana ia akan menjadi titik permulaan kepada penutupan lebih banyak rumah sembelihan di seluruh negara ini,” kata Kumpulan Penyokong Hak Asasi Haiwan Korea (KARA) dalam satu kenyataan.

Kompleks Taepyeong-dong me­rupakan sumber daging anjing bagi restoran di seluruh Korea Selatan apabila menempatkan enam rumah sembelihan dan mampu menempatkan ratusan anjing pada satu-satu masa.

Penggerak kempen dari Humane Society International (HSI) menyifatkan keadaan di dalam kompleks sembelihan itu sebagai ‘mengerikan’.

Menurut kumpulan itu, me­re­ka melihat peralatan elektrik digunakan untuk menyembelih anjing termasuk pisau dan me­sin cukur.

Setiap musim panas di Korea Selatan, tiga hari ditetapkan sebagai festival istimewa dan hidangan daging anjing dijadikan sebagai menu istimewa.

Buat masa ini, masih belum ada peraturan bagaimana untuk menyembelih anjing untuk da­ging di Korea Selatan walaupun terdapat usaha dari Barat untuk mencampuri jual beli daging anjing dengan melakukan usaha menyelamat besar-besaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×