Budak 9 tahun maut dipukul - Utusan Malaysia

Budak 9 tahun maut dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MULHOUSE, Perancis 23 Nov. – Empat anggota sebuah keluarga ditahan polis selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipukul di rumahnya di sini baru-baru ini.

BBC yang memetik sumber polis melaporkan, kanak-kanak lelaki itu dipukul dengan batang penyapu kerana dia enggan menyiapkan kerja sekolah.

Abang, kakak serta adik tiri mangsa didakwa turut me­nyaksikan kejadian itu yang berlaku pada Ahad lalu.

Biarpun ibunya tiada ketika kejadian berlaku kerana bekerja namun wanita itu tetap ditahan bagi membantu siasatan.

Hal ini kerana, wanita tersebut didakwa sering menghukum anaknya yang tidak membuat kerja sekolah.

Hasil bedah siasat turut menunjukkan badan kanak-kanak itu penuh dengan kesan lebam terutamanya pada bahagian kaki.

Biarpun pakar patologi memaklumkan kanak-kanak itu terkena serangan jantung, na­­mun punca kematiannya adalah disebabkan oleh kesan pukulan yang kuat.

Selain itu, abang mangsa berusia 19 tahun disyaki menjadi ‘pembunuh utama’ dalam insiden tersebut, namun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti perkara terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×