Cuci rambut 23 kali hilangkan gel kalis air - Utusan Malaysia

Cuci rambut 23 kali hilangkan gel kalis air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW 23 Nov. – Seorang wanita terpaksa mencuci rambut anaknya sebanyak 23 kali selepas kanak-kanak itu menyapu gel petroleum, Vaseline pada rambutnya dalam satu kejadian, di sini baru-baru ini.

JAYMIELEE STEWARD bersama anak lelakinya, Lucas Thomson.

Mirror melaporkan, Jaymie­lee Stewart berasa terkejut selepas melihat rambut anak lelakinya, Lucas Thomson yang berusia tiga tahun penuh de­ngan gel tersebut.

Lucas memberitahu bahawa dia menyapu gel petroleum itu pada rambutnya kerana ingin kelihatan segak dan bergaya pada hari pertama memasuki tadika kelak.

Jaymielee memaklumkan ba­hawa dia pada mulanya menghabiskan masa selama enam jam untuk membersihkan gel petroleum kalis air dari rambut anaknya dengan menggunakan syampu dan sabun pencuci namun usahanya gagal.

Kemudian, dia cuba menggunakan bedak debu, namun ibu berusia 23 tahun itu menyedari tiada bedak debu di rumahnya, lalu menggunakan tepung sebagai langkah alternatif.

Bagaimanapun, usahanya masih gagal kerana tepung tersebut bertukar seperti adunan kuih.

Selepas itu, Jaymielee bertindak mencuci rambut anaknya sebanyak 23 kali sehingga kesan melekit pada rambut Lucas hilang.

Wanita itu memaklumkan, dia menggunakan sebotol syampu, dua botol perapi, setengah bungkus tepung naik sendiri, setengah kotak sabun pencuci dan tepung jagung.

Selain itu, Jaymielee turut menggunakan sikat untuk membuang semua sisa gel petroleum yang melekat pada rambut anaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×