Peranan pengacara majlis amat penting - Utusan Malaysia

Peranan pengacara majlis amat penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
PENGACARA MAJLIS boleh didefinisikan sebagai seseorang yang ditugaskan secara rasmi bagi mengendalikan satu-satu majlis mengikut atur cara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukan arahan pegawai protokol.

Tugas pengacara majlis bukannya mudah sebaliknya memerlukan seorang yang komited dan berpengetahuan luas. Ini memandangkan pengacara majlis adalah nadi penggerak utama untuk sesebuah majlis apatah lagi jika melibatkan majlis rasmi.

Tugasnya akan menjadi lebih berat sekiranya terdapat kehadiran tetamu kenamaan yang bertaraf menteri. Mahu tidak mahu seseorang individu yang dilantik sebagai pengacara majlis harus membuat kerja rumah bagi memastikan majlis berjalan lancar.

Melakukan latihan sebelum acara sebenar bermula juga satu keperluan. Seorang pengacara yang baik juga haruslah berkebolehan serta mahir dalam berkomunikasi dengan yakin dan mestilah peka dengan keadaan sekeliling semasa majlis berjalan.

Akhir sekali, seseorang pengacara hendaklah aktif, tidak kaku dan tidak berbicara dengan aksi-aksi yang keterlaluan. Kemahiran bahasa juga diperlukan kerana seseorang pengacara majlis yang baik perlu tahu menyusun pengucapan bertata susila mengikut prosedur dan etika sosial.

ENCIK PROTOKOL

Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN