Rangkaian dadah Taiwan cetus kebanjiran bekalan dadah Thailand - Utusan Malaysia

Rangkaian dadah Taiwan cetus kebanjiran bekalan dadah Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 23 Nov. – Rangkaian pengedaran dadah Taiwan dipercayai menjadi dalang di sebalik kebanjiran dadah jenis Methamphetamine di wilayah Mekong.

Mereka dikatakan mengolah resipi dadah tersebut bagi mengelak tindakan berkaitan kawalan pada bahan-bahan kimia.

Menurut polis anti-dadah Thailand, rekod rampasan dadah jenis yaba dan kristal meth serta beberapa jenis dadah lagi adalah paling tinggi tahun ini.

Pakar jenayah berkata, ketua rangkaian dadah Segi Tiga Emas, kebanyakannya berpusat di negeri Wa, Myanmar dan menghasilkan lebih banyak dadah berbanding kebiasaannya.

Bekalan dadah berlebihan adalah disebabkan oleh kos bahan yang digunakan lebih murah dan baharu.

“Mereka kini menggunakan sodium cyanide, bahan yang digunakan di setiap kilang di negara ini yang tidak dikawal,” kata komander pasukan pembasmian dadah di utara Thailand, Mejar Jeneral Watchara Thipmongkol. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×