Bonus sebulan, tahun depan ikut KPI - Utusan Malaysia

Bonus sebulan, tahun depan ikut KPI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji kepada penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pembayaran bonus itu akan dibuat pada 20 Disember depan dengan memberi implikasi kewangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM 34.53 juta.

“Alhamdulillah, sepanjang lima bulan memikul amanah sebagai Menteri Besar, saya merasa terharu dengan sokongan serta dorongan penjawat awam. 

“Keazaman mereka untuk menunaikan tanggungjawab dan kecekapan mereka mentadbir menjadi inspirasi kepada saya untuk berusaha lebih kuat demi rakyat dan negeri ini.

“Justeru sebagai suatu rangsangan agar para penjawat awam pembayaran bantuan khas kewangan tambahan satu bulan gaji akan dibayar 20 Disember depan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. 

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua turut memberitahu, bahawa kerajaan negeri akan melaksanakan pemberian bonus mengikut Petunjuk Prestasi Utama (KPI) agensi dan individu tahun depan. 

Ujarnya, Institut Pemerdayaan Pekerja dan Setiausaha Kerajaan Negeri akan bekerjasama dalam memberikan Panduan berhubung KPI itu. 

“Tidak mustahil kita boleh tetapkan bayaran khas lebih daripada tiga bulan tetapi bergantung kepada prestasi setiap jabatan. Hanya yang layak sahaja akan dapat dan yang tidak layak perlu berusaha lagi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×