KUALA NERUS 23 Nov. – Eksekutif cawangan Jabatan Pemasaran Utusan Melayu Terengganu, Roslan Muda,55, yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada penghujung bulan ini, meninggal dunia petang ini ketika sedang bertugas.

Roslan dipercayai diserang sakit jantung, terjatuh daripada kerusi dalam ruang pejabat di Loji Percetakan Utusan di Gong Badak dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang, dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian.
Allahyarham yang meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak mula berkhidmat pada tahun 1982 di Kuala Terengganu dan pernah bertugas di Unit Pengurusan Pesanan Jabatan Pemasaran di Loji percetakan Utusan Tebrau, Johor.
Allahyarham bersama 75 lagi kakitangan di Loji Percetakan Utusan Gong Badak memilih Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang ditawarkan oleh syarikat. – UTUSAN ONLINE











