KUALA LUMPUR 23 Nov. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan serta bertanggungjawab terhadap isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, apa yang dilakukan Saifuddin bukan satu kesalahan kecil sebaliknya meninggalkan kesan yang amat besar untuk negara.
Malah, katanya, komitmen berkenaan dilakukan semasa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Sesi Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi yang ke-73 (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.
“Komitmen itu dibuat semasa Perdana Menteri berucap sewaktu Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi yang ke-73 (UNGA), ia bukan melalui ceramah-ceramah kampung,” katanya menerusi hantaran Twitter, hari ini. – UTUSAN ONLINE
As expected. @saifuddinabd & @MalaysiaMFA caused this major blunder by not thinking this through & convincing @chedetofficial to make the commitment at UNGA. Not Wisma Putra’s finest hour.
Now an embarrassing, but necessary, backtrack. https://t.co/WHYSVSS9LW
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 23, 2018
Minister for Foreign Affairs should take responsibility and resign. This is not a small blunder. The commitment was made in PM’s UNGA address. Not some kampung ceramah. @saifuddinabd https://t.co/C0yHrsQy1F
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 23, 2018










