Lelaki maut terlibat kemalangan - Utusan Malaysia

Lelaki maut terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 49, Jalan Kuala Lumpur – Ipoh berhampiran Jabatan Pertanian Batang Kali, Kuala Kubu Bahru, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu, mangsa Badrol Hisham Mat Noh, 48, maut ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bahru.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan dinaiki seorang pemuda dari arah Serendah menuju Rasa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

Ujarnya, kejadian menyebabkan berlaku perlanggaran diantara kereta pemuda itu dengan kereta yang dipandu Badrol Hisham.

“Sehubungan itu, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi menerima rawatan.

“Bagaimanapun, kira-kira pukul 7 pagi ini, kami telah dihubungi oleh pihak hospital memaklumkan Badrol Hisham telah meninggal dunia akibat pendarahan teruk di kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Bhak Phai, seorang lagi pemandu kenderaan kini masih menerima rawatan di hospital dan mengalami kecederaan di kepala.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×