Ancaman bom palsu di Kompleks Mahkamah Shah Alam cetus panik orang ramai - Utusan Malaysia

Ancaman bom palsu di Kompleks Mahkamah Shah Alam cetus panik orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini terpaksa dikosongkan hampir tiga jam semalam susulan panggilan ancaman bom di bangunan berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan pada 9.40 pagi daripada seorang kakitangan mahkamah berkenaan.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan anggota dan pegawai daripada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama sepasukan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 di sini dikejarkan ke lokasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila tiba dilokasi anggota keselamatan telah mengarahkan kesemua kakitangan dan orang ramai yang berada di dalam bangunan berkenaan keluar dan mengosongkannya.

“Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Unit Pengesan Anjing (K9) telah membuat pemeriksaan di seluruh kawasan bangunan ruang legar mahkamah, namun tidak menemui sebarang objek yang berupa bom atau ancaman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baharudin berkata, selepas pemeriksaan rapi dilakukan PDRM dan juga bomba, kira-kira pukul 12.45 tengah hari, bangunan tersebut disahkan selamat dan semua kakitangan dibenarkan masuk semula untuk menjalankan tugas masing-masing.

“Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemeriksaan dan pembersihan dijalankan,”ujarnya.

Beliau berkata, kes seumpama itu merupakan kes ugutan jenayah dan akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Orang ramai keluar dari pekarangan mahkamah pagi tadi dan anjing pengesan digunakan untuk mengesan b
Orang ramai keluar dari pekarangan mahkamah pagi tadi dan anjing pengesan digunakan untuk mengesan bom yang didakwa.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×