SPR beri perhatian terhadap fakta Mahkamah Pilihan Raya - Utusan Malaysia

SPR beri perhatian terhadap fakta Mahkamah Pilihan Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 19 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi perhatian serius terhadap semua penemuan fakta dalam keputusan Mahkamah Pilihan Raya mengenai pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, meskipun masih belum dibekalkan alasan penghakiman rasmi keputusan tersebut namun pihaknya mengambil maklum terhadap semua fakta terutamanya mengenai pemecahan tugas dan pelanggaran undang-undang serta peraturan pilihan raya semasa hari penamaan calon bagi pilihan raya kerusi DUN berkenaan.

“SPR tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa pelanggaran undang-undang ataupun peraturan pilihan raya oleh mana-mana pihak khususnya petugas di masa hadapan. Namun, SPR akur akan tanggungjawabnya untuk melengkapkan semua petugas pilihan raya dengan maklumat dan pengetahuan mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya yang tepat dan betul.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Demi melaksanakan tanggungjawab kepada semua petugas pilihan raya, SPR akan berusaha untuk memastikan agar semua petugasnya di masa akan datang memahami dan mematuhi semua peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 16 November lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi DUN Rantau dalam PRU-14 adalah tidak sah dan terbatal serta mengarahkan pilihan raya kecil diadakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×