Penampilan istimewa MB Perak dalam filem arahan Sabri Yunus - Utusan Malaysia

Penampilan istimewa MB Perak dalam filem arahan Sabri Yunus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 19 Nov. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat penampilan istimewa dalam sebuah filem arahan pengarah popular tanah air, Sabri Yunus

Perkara itu dikongsi oleh Pegawai Khas Menteri Besar, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Dalam akaun Facebooknya, Mohd. Hafez Mubin turut berkongsi beberapa keping gambar Ahmad Faizal di lokasi penggambaran bersama Sabri dan pelakon serta pelawak terkenal, Imuda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Hafez Mubin berkata, hampir semua lokasi penggambaran filem yang berjudul ‘Buntat’ dibuat di tempat-tempat menarik di Perak yang turut membariskan beberapa pelakon berpengalaman.

“Ia merupakan sebuah filem yang mengisahkan bagaimana seorang budak pada tahun 1968 yang lari dari kampungnya untuk mengerjakan haji dengan menaiki kapal haji.

“Berbagai kejadian telah terjadi dialami budak tersebut, kesedihan, kegembiraan dan pengorbanan terpaksa dilaluinya,” katanya.

Mohd. Hafez Mubin berkata, ia merupakan sebuah filem yang penuh pengajaran dan teladan.

“Buntat! Nantikan tayangannya di pawagam berdekatan. Ok???, ready??? Action!,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×