PUTRAJAYA 19 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipanggil sekali lagi ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes pemasangan panel tenaga solar sekolah.

Beliau hadir ke ibu pejabat tersebut kira-kira pukul 9.25 pagi dengan menaiki kenderaan Proton Perdana berwarna hitam dengan nombor pendaftaran TN50.
Sebelum ini, pada 8 November lalu Najib telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.- UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











