Donald Trump luah kesedihan - Utusan Malaysia

Donald Trump luah kesedihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARADISE, California – Presiden Donald Trump menyuarakan kesedihan kelmarin berhubung kemusnahan yang menimpa sebuah bandar di California akibat kebakaran hutan.

Presiden Amerika Syarikat (AS) berkenaan bagaimanapun mempertahankan dakwaan kontroversi beliau bahawa tragedi yang meragut 76 nyawa dengan lebih 1,000 lagi hilang itu berpunca daripada kesilapan pengurusan hutan.

“Ia sungguh sedih,” kata Trump selepas melawat bandar Paradise yang hangus terbakar.

Kebakaran hutan paling dahsyat­ dan paling banyak mendatangkan kemusnahan dalam sejarah California dikenali sebagai Camp Fire itu mengorbankan 76 orang selepas pihak berkuasa mengesahkan bahawa mayat lima lagi mangsa ditemui kelmarin.

Kebakaran itu turut memusnahkan kawasan sebesar kota raya Chicago dan mengakibatkan hampir 1,000 kediaman serta lebih 2,500 bangunan lain hangus.

Di Chico, dekat Paradise, Trump mengadakan pertemuan dengan anggota-anggota bomba dan petugas barisan hadapan lain di beberapa ibu pejabat lapangan untuk perkhidmatan kecemasan.

Beberapa pegawai memberi­tahu Trump tentang bagaimana api merebak dengan begitu pantas sehingga menyukarkan usaha pemindahan ketika beliau mene­liti peta besar yang menunjukkan lokasi di mana api masih marak.

Mempertahankan pandangan kontroversi beliau, Trump me­ngulangi dakwaan bahawa pentadbiran California gagal menguruskan hutan negeri berkenaan dan seharusnya dipersalahkan berhubung kebakaran besar itu.

“Saya komited untuk memastikan bahawa kita akan membersih­kan semua ini dan melindungi­nya, kita perlu menjaga hutan, ini adalah penting,” kata Trump di Paradise.

Beberapa hari lalu, Presiden AS itu mengugut akan menyekat peruntukan persekutuan kepada California berhubung dakwaan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×