Mayat anggota polis ditemui - Utusan Malaysia

Mayat anggota polis ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Mayat anggota polis yang terjatuh ke dalam Sungai Paka ketika mengejar seorang suspek kes pecah rumah pada Jumaat lalu ditemui terapung tujuh hari selepas ope­rasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Mayat Konstabel Wan Mohd. Arif Wan Yahya, 28, yang bertugas di Balai Polis Paka itu dijumpai di sungai itu kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian oleh sepasukan anggota SAR pada pukul 12.25 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Du­ngun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui pada jarak 40 meter dari lokasi mayat lelaki yang dikenali sebagai Zam Ayam ditemui pada Isnin lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita percaya mayat mang­sa sebelum ini mungkin tersangkut pada dahan pokok di dalam sungai. Pasukan SAR bersama penduduk kampung turut melakukan kerja-kerja memotong dahan di sekitar kawasan mayat pertama ditemui,” katanya ketika ditemui Kos­mo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×