IPOH – Seorang guru berdepan detik-detik cemas apabila diserang, digigit dan dihempas berkali-kali oleh seekor kuda ketika sedang menunggang kuda lain di Pantai Samila, Songkhla, Thailand minggu lalu.
Dalam kejadian pukul 5 petang, 6 November lalu itu, guru tersebut, Nur Aini Ruslan, 29, cedera digigit sebesar lapan sentimeter pada pinggang sebelah kiri serta mengalami pendarahan dalaman.
Ekoran kejadian itu, dia terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku ketika menjalani rawatan selama enam hari di Hospital Pantai di sini sehari selepas kejadian.
“Saya menunggang kuda untuk dibawa bersiar-siar dengan bayaran 150 baht (RM19) bagi mengelilingi pantai, namun ketika berada di hujung pantai dan ingin berpatah balik, datang seekor kuda lain menyerang saya dari belakang sehingga menyebabkan saya tertiarap bersama kuda yang ditunggang.











