KUANTAN – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam kerana dituduh membunuh seorang kerani Pejabat Tanah dan Galian Pahang pada awal bulan ini.
Hasnan Wahab, 35, dari Taman Sungai Karang memberitahu, Majistret Nor Azizah Aling bahawa dia memahami pertuduhan itu yang dibacakan kepadanya dalam bahasa Malaysia.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes tersebut perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Hasnan dituduh membunuh M. Shuhairi A.Wahab, 35, di sebuah rumah di Perumahan Pandan Indah di sini antara pukul 12 tengah hari dan pukul 5.50 petang 2 November.











