Lelaki diselamatkan daripada diculik - Utusan Malaysia

Lelaki diselamatkan daripada diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT 16 Nov. – Tindakan pantas polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang diculik untuk dijadikan tebusan dalam kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Siput, Jementah, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada keluarga mangsa pada pukul 10 malam menyatakan mangsa berusia 25 tahun yang bekerja sebagai kontraktor diculik semasa dalam perjalanan dari Segamat ke Jementah.

Katanya, suspek turut meminta wang tebusan berjumlah RM50,000 sebagai syarat mangsa dibebaskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hampir sejam selepas laporan dibuat, pihak Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berjaya mengesan lokasi di mana mangsa telah ditahan iaitu di dalam kawasan kebun sawit dan jauh dari kawasan perumahan.

“Hasil serbuan dijalankan, polis berjaya menyelamatkan mangsa tanpa mengalami sebarang kecederaan. Polis juga berjaya menangkap tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, dalam serbuan tersebut, polis berjaya merampas pelbagai mata wang bernilai keseluruhan RM55,501, bermacam-macam barang kemas, enam unit telefon bimbit, sebilah parang dan empat buah kenderaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×