Bazlan letak jawatan, Imri Pemangku CEO - Utusan Malaysia

Bazlan letak jawatan, Imri Pemangku CEO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Telekom Malaysia Bhd. (TM) mengumumkan peletakan jawatan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (AGCEO), Datuk Bazlan Osman berkuatkuasa pada 16 November 2018.

Pengerusi TM, Tan Sri Sulaiman Mahbob berkata, Bazlan juga telah menyerahkan notis peletakan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif yang akan berkuatkuasa pada 28 Februari 2019.

Katanya, pada masa yang sama, TM turut mengumumkan peralihan kepimpinan kepada Ketua Pegawai Operasi TM, Imri Mokhtar yang juga akan mengambil peranan sebagai AGCEO berkuatkuasa 16 November 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seluruh barisan Lembaga Pengarah, pengurusan dan Warga TM ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Bazlan atas kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang 16 tahun tempoh perkhidmatan.

“Kami berbesar hati dan mengalu-alukan hasrat beliau untuk terus kekal dan membantu proses peralihan kepimpinan kepada Imri sehingga 28 Februari 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×