Tok Mat dicalonkan semula di DUN Rantau - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Tok Mat dicalonkan semula di DUN Rantau – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan akan dicalonkan semula bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Perkara tersebut dinyatakan oleh president parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui catatan di akaun Twitter beliau.

Ia susulan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini bahawa kemenangan Mohamad di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah dan terbatal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahmad Zahid menyifatkan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban itu sudah dijangkakan dan jentera parti akan digerakkan sepenuhnya bagi menghadapi PKR tersebut.

Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu selepas calon PKR bagi kerusi DUN itu, Dr S. Streram memfailkan petisyen pada 23 lalu bagi mencabar kemenangan Mohammad.

Mohamad yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan, menang tanpa bertanding selepas Dr Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon pada 28 April lalu kerana tidak memiliki pas yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×