Penunggang motosikal dihempap lori 10 tan di Jalan Batu Kawa - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal dihempap lori 10 tan di Jalan Batu Kawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 16 Nov. – Seorang penunggang motosikal nyaris maut dihempap lori 10 tan dengan muatan pasir dalam kemalangan di lampu isyarat, Jalan Batu Kawa di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai masih hidup setelah operasi menyelamat dijalankan bomba berjaya mengeluarkannya sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi rawatan lanjut.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) bomba negeri, pihaknya menerima maklumat kemalangan tersebut yang juga melibatkan dua lagi kereta pada pukul 11.35 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bergegas ke lokasi kejadian bersama 11 anggota.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak pantas bagi mengeluarkan mangsa yang masih tersepit dihempap kepala lori menggunakan peralatan hidrolik,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak ambulans bagi dibawa ke HUS.

“Pemandu dan penumpang dalam dua kereta yang terlibat pula dapat menyelamat diri dengan keluar daripada kenderaan mereka,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×