SPR akan tunggu keputusan Mahkamah Persekutuan jika ada rayuan - Utusan Malaysia

SPR akan tunggu keputusan Mahkamah Persekutuan jika ada rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 16 Nov.- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan sekiranya terdapat pihak kemuka rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Mohamad bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah terbatal dan tidak sah.

AZHAR AZIZAN HARUN
AZHAR AZIZAN HARUN 

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, Mahkamah Tinggi Seremban telah memutuskan untuk tidak memberi perakuan keputusan tersebut sehingga tamat tempoh 14 hari bermula hari ini.

Menurut beliau, tanpa perakuan tersebut, pilihan raya kecil (PRK) tidak perlu diadakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa ini adalah untuk memberikan peluang kepada mana-mana pihak untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan.

“SPR wajib mengadakan PRK dalam tempoh 60 hari selepas menerima perakuan tersebut,” katanya menerusi kiriman WhatsApps kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, SPR bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengadakan PRK.

Mahkamah Tinggi Seremban hari ini mengisytiharkan kemenangan Mohamad bagi kerusi DUN Rantau dalam PRU-14 adalah terbatal dan tidak sah. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×