JELI 16 Nov. – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menjalani pembedahan membuang batu karang di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur, pagi ini.
Beliau yang sepatutnya menghadiri Majlis Solat Hajat di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen di sini terpaksa membatalkan hasrat tersebut di saat-saat akhir.
Pegawai Khasnya, Zahari Kechik berkata,
Mustapa atau lebih dikenali sebagai Tok Pa dikatakan baru mengetahui menghidap penyakit tersebut malam kelmarin sebelum dimasukkan ke hospital pagi ini.
“Beliau akan ditahan di wad selama tiga hari sebelum dibenarkan pulang dan bercuti rehat selama seminggu bagi memastikan keadaannya kembali pulih sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas itu sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Bulan lalu, beliau mengumumkan menyertai Bersatu sekali gus menjadi wakil rakyat tunggal Pakatan Harapan di negeri ini, setakat ini. – UTUSAN ONLINE











