MELAKA – Dua pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan salah guna kuasa mendapatkan bekalan makmal bagi tujuan penyelidikan daripada syarikat milik ibu mereka berjumlah lebih RM50,000, tiga tahun lalu.
Pasangan suami isteri, Muhammad Zulfattah Zakaria, 36, dan Norain Idris, 33, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Muhammad Zulfattah didakwa menggunakan kedudukannya selaku pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTeM mendapatkan suapan dalam menyediakan tiga sebut harga masing-masing bernilai RM19,986, RM19,975 dan RM9,102 bagi pembelian barang makmal dan perkhidmatan penyelidikan daripada syarikat HA Mega Supply milik ibu mertuanya.
Berita berkaitan:
Norain pula didakwa atas satu pertuduhan melakukan tindakan sama menguruskan pembelian bekalan sama daripada syarikat milik ibunya berjumlah RM3,498.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











