PKR: Tugas besar menanti Anwar - Utusan Malaysia

PKR: Tugas besar menanti Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, 15 Nov. – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal mengambil alih tampuk kepemimpinan parti dilihat bukan sahaja memikul tanggungjawab me­ngetuai parti komponen terbesar Pakatan Harapan, malah tugas lebih besar menanti iaitu untuk menangani budaya ‘kem politik’ dalam parti itu.

Tugas ‘menjernihkan’ budaya berpuak itu perlu dilakukan segera bagi mengelakkan risiko berlaku perpecahan dalaman parti pascapemilihan PKR yang mungkin akan memberi kesan terhadap kedudukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

CHANDRA MUZAFFAR
CHANDRA MUZAFFAR 

Mengupas isu itu, penganalisis dan pemerhati politik, Dr. Chandra Muzaffar berkata, PKR sebagai parti komponen terbesar PH perlu segera ‘mengubati’ budaya tidak sihat itu sebelum ia menjadi kudis dalam parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

‘‘Kini mereka (PKR) meme­gang kuasa (sebahagian daripada kerajaan) dan atas dasar itu PKR perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi (budaya) kem politik bagi mengukuhkan kedudukan parti,’’ katanya ketika dihubungi.

Persaingan sengit antara Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden dilihat telah mewujudkan ‘kem’ dalam parti.

Keputusan akhir tidak ra­s­mi yang dipaparkan menerusi laman Twitter Pemilihan Keadilan 2018 menunjukkan Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, mendahului dengan 70,550 undi mengatasi Rafizi (66,594 undi).

ZAID AHMAD
ZAID AHMAD 

Sementara itu, profesor di Jabatan Pe­ngajian Ke­negaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Put­ra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Zaid Ahmad dan penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. P. Sivamurugan bersetuju Anwar perlu melaksanakan proses pendamaian dalam ka­langan kepemimpinan tertinggi parti hingga anggota di peringkat cabang pascapemilihan PKR.

‘‘Anwar perlu bijak menangani pihak dan penyokong yang kalah supaya selepas pemilihan ini mereka masih rasa diperlukan dan dihargai oleh parti,’’ kata Zaid.

Sivamurugan pula berpendapat Anwar harus bertindak segera untuk kembalikan perpaduan dalam parti dan menanam dalam diri anggota parti bahawa jawatan dan pangkat bukan perkara paling penting dalam perjuangan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×